RM215.00

8 in stock

8 in stock

118) Jenis: pisau lapah kulit F.HERDER “Abu Shawka” X Khaujah
panjang: 10 cm (panjang bilah)
Kekerasan besi: 55-57 Rockwell
logam bilah: besi tahan karat X46CR13
pemegang: kayu BEECH tumpat
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Merupakan pisau lapah kulit keluaran KHAS dan EKSKLUSIF untuk Timur Tengah yang dipanggil “Abu Shawka” dengan kerjasama KHAUJAH (entiti saudagar diasaskan sejak 1908) dari jenama Friedrich Herder dengan HULU KAYU. Pada bilahnya dicetak tulisan Arab KHAUJAH (خوجه). Pemegangnya diperbuat dari kayu BEECH iaitu sejenis kayu tumpat yang cukup tahan dan tidak mereput dan di apit paku TEMBAGA, sangat disyorkan untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik hulu kayu.

Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaan ini bermula semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.

Pisau ini dibuat khusus untuk kerja melapah kulit haiwan/ternakan. Ia sangat berguna untuk kerja di pusat sembelihan / penternak ruminan, peniaga daging. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk alam yang mencari pisau NADIR dan jarang didapati di pasaran !!

Weight 199 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “F.HERDER X Khaujah – pisau lapah kulit “Abu Shawka””

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top