114) Jenis: pisau lapah lurus ICEL X Khaujah
model:
panjang: 6 inci (panjang bilah)
Kekerasan besi: 56 Rockwell
logam bilah: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: kayu jati Rosewood
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL
Keterangan: Pisau lapah dengan bilah jenis lurus ini adalah keluaran dari jenama ICEL dengan HULU KAYU, merupakan keluaran KHAS untuk Timur Tengah dengan kerjasama KHAUJAH (entiti diasaskan sejak 1908). Pada bilahnya dicetak tulisan Arab KHAUJAH (خوجة). Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD iaitu sejenis kayu jati yang cukup tahan dan tidak mereput dan di apit paku TEMBAGA, sangat disyorkan untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik hulu kayu. Kayu jenis Rosewood biasanya digunakan dalam pembuatan perabot mewah & alat muzik dari jenama Gibson, TAMA, Ibanez.
Pisau ini khusus untuk kerja melapah dan juga memotong daging ternakan. Ia juga DISYORKAN untuk kerja menyiang ikan dan menyembelih haiwan kecil (ayam, burung, kancil, landak). Disyorkan buat pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan, pemancing, pemburu dan juga buat kalian yang tercari-cari pisau lapah daging NADIR dari wilayah bergolak Asia Barat sebagai koleksi. Diimpot khas ke Malaysia untuk peminat pisau di Nusantara !






Reviews
There are no reviews yet.