116) Jenis: pisau hiris ICEL X Khaujah Taif
model:
panjang: 4.5 inci (panjang bilah)
Kekerasan besi: 56 Rockwell
logam bilah: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: jalinan sulam dawai tembaga
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL
Keterangan: Pisau hiris dengan bilah jenis lurus ini adalah keluaran dari jenama ICEL, hulu unik dari jalinan sulam dawai tembaga bersama temin tembaga jua ! merupakan keluaran KHAS untuk Timur Tengah dengan kerjasama KHAUJAH (entiti diasaskan sejak 1908). Pada bilahnya dicetak tulisan Arab KHAUJAH (خوجة). Pisau ini telah dibuat pengubahsuaian semula di kota Taif Arab Saudi — digelar “kota mawar” yang dikenali dengan lebih 900 ladang bunga mawar luas di kawasan tanah tinggi Al-Hada Arab Saudi, sangat disyorkan untuk mereka yang mementingkan kenadiran dan keunikan pisau.
Pisau ini khusus untuk kerja melapah dan juga memotong daging ternakan. Ia juga DISYORKAN untuk kerja menyiang ikan dan menyembelih haiwan kecil (ayam, burung, kancil, landak). Disyorkan buat pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan, pemancing, pemburu dan juga buat kalian yang tercari-cari pisau lapah daging NADIR dari wilayah bergolak Asia Barat sebagai koleksi. Diimpot khas ke Malaysia untuk peminat pisau di Nusantara !







Reviews
There are no reviews yet.